Powered By Blogger

Monday, 3 February 2014





Hari ini sengaja saya pilih tajuk di atas. Ramai ibu bapa yang sering mengucapkan ayat,"Kalau hantaran pun tak mampu nak bagi, macam mana nak jaga anak perempuan saya?".Ini kerana mereka menyangka tanpa hantaran yang tinggi, mana mungkin si lelaki dapat menjaga anak mereka setelah kahwin. Jom kita kongsi bersama, moga ada baiknya buat panduan bakal pengantin dan juga ibu bapa dari kedua-dua belah pihak.


Isu yang selalu digemparkan dengan laporan terkini mengenai harga atau jumlah hantaran yang lazimnya diletakkan oleh kedua belah pihak dari keluarga lelaki dan keluarga perempuan dengan hanya berdasarkan kepada taraf pendidikan seseorang anak perempuan itu. Semakin tinggi tingkat pendidikan yang didakinya semakin jauh melambunglah hantarannya bak hantaran artis ternama atau berasal dari keluarga perniagaan BUAYA.

Dada ini terasa sempit apabila mengenangkan perkara ini berlaku dalam masyarakat kita yang rata-ratanya mengakui bahawa mereka MEMAHAMI Islam sebaiknya, tambahan pula dikelilingi oleh alim ulama dan Islam sebagai agama rasmi negaranya. Sayangnya, orang Islam kini hanya tercatat Islamnya di kad pengenalan dirinya semasa hidup dan kemudian setelah matinya diabadikan di atas batu nisan  sahaja. Pada amalan, tiada satu pun yang nak diikutnya.
Layak ker?

Walaupun jodoh itu milik Allah tetapi kita juga perlu berusaha untuk menjaganya. Jadi jagalah dari awal sebelum perkahwinan bermula. Sukakah anda jika setiap hujung atau awal bulan anda bermasam muka dengan pasangan hanya kerana bank menghantar statement hutang yang perlu dibayar setiap bulan?! Tahu tak hadis Nabi yang berbunyi,"Berhati-hatilah dengan hutang kerana hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di malam hari".

Kenapa mudah sekali bercerai kerana hutang ini? Kerana nikah itu adalah ibadat, jika berhutang untuk melakukan ibadat, itu dikira TIDAK MAMPU tetapi kerana hendak kahwin punya pasal, terpaksa jugalah. INGAT!!! Jika wang yang dicari maka keberkatan perkahwinan lari, jika berkat perkahwinan yang dicari, maka rezeki harta akan bertambah di kemudian hari.

Tepuk dada tanya selera, yang mana aku cari sebenarnya di dalam perkahwinan ini: BERKAT atau WANG?


No comments:

Post a Comment