Powered By Blogger

Wednesday, 7 January 2015

Demi Waktu Dhuha


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum w.b dan salam sejahtera semua...


Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha


Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
Niatnya: 

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas.

3.  Doa yang disarankan ialah:




Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Marilah sama-sama kita amalkan....

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

kredit:
1. shafiqolbu.wordpress.com













Bersedekahlah Setiap Hari Walaupun Ianya Hanya Sekadar Senyuman

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum w.b dan salam sejahtera semua...

Sabda Nabi S.A.W,,,,,

"Kamu tidak dapat mententeramkan jiwa manusia dengan wang Mu.. akan tetapi kamu mampu tenteramkan jiwa mereka dengan wajah ceria dan akhlak yang mulia."


5 Sebab Kenapa Anda Perlu Senyum???

1. Senyuman mampu menjadikan kita kelihatan lebih menarik..
2. Senyuman adalah pengubat jiwa, hati dan fikiran...
3. Senyuman dapat membuatkan orang lain turut senyum..
4. Senyuman boleh menyelesaikan masalah..
5. Senyuman akan memberikan anda kelihatan lebih muda dengan melenturkan kulit wajah..

Senyuman yang dilemparkan mampu untuk menyerikan hari insan lain...Mengukir senyuman tidak memerlukan modal, namun ganjarannya besar dan begitu memberi impak yang positif kepada kehidupan masyarakat... 

Satu Ungkapan pepatah Cina untuk menjadi renungan
"Orang yang tidak boleh senyum, janganlah buka kedai."

Berkata seorang ulama', "adalah baik bagi kita melukan setiap pagi dengan senyuman, di samping mengucapkan Syukur kepada Allah yang terus memberi udara secara percuma untuk kita bernafas"... 

Marilah sama-sama kita amalkan....

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Tuesday, 6 January 2015

Tinggal Sarapan Pagi Punca Minda Tumpul


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Asslamualaikum w.b
Situasi 1...
"Zara tidak suka makan pagi. Kalau makan pagi mesti Zara sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur terus pergi sekolah. Lagi pun tak sempat. Kami keluar rumah jam 6.45 pagi."kata ibu Zara apabila diaju kenapa tidak sediakan sarapan pagi untuk anaknya sebelum melangkah masuk ke sekolah.

                                                         Situasi 1.                                           Situasi 2.
Situasi 2...
"Aufa pula sangat suka makan nasi lemak dan ayam goreng. disebabkan Aufa sangat suka makan nasi dan ayam goreng, jadi setiap pagi saya sediakan nasi lemak dan ayam goreng. Yang lain dia tiada selera. Lagi dia berbadan kurus saja jadi saya kira tidak salah bagi makanan itu. Biar dia gemuk sikit." Balas ibu Aufa tentang tabiat sarapan pagi anaknya yang baru melangkah ke Tahun Satu.
Situasi ini kerap kita dengar, sama ada tahu atau tidak ambil peduli. itu sikap segelintir ibu bapa yang tidak ambil kisah tentang kepentingan sarapan pagi anak-anak untuk memastikan anaknya dapat memberi fokus pengajaran di dalam kelas. 

Tanpa sarapan pagi, anak-anak sukar untuk memberikan tumpuan penuh, tidak bermaya dan berasa mengantuk di awal pagi persekolahan.

Merujuk kepada situasi di atas, 

Zara mungkin berhadapan dengan kelaparan yang teramat sangat kerana hampir lebih 12 jam tidah makan apa-apa sejak masuk tidur jam 10. malam dan bangun jam 6.30 pagi.

Bagi Aufa pula, dia akan lebih cergas serta tidak berhadapan masalah di awal waktu persekolahan kerana masih bertenaga, namun apabila guru mulai mengajar dan murid lain menumpukan perhatian pada papan putih, fikirannya mulai mengelamun akibat mengantuk.
Sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak.
Jelaslah bahawa sarapan pagi sangat penting, pemilihan sarapan juga perlu diberi perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Hasil memdapati, pengambilan sarapan pagi membantu anak-anak memberi tumpuan penuh ketika  ketika di sekolah dan dapat meningkatkan prestasi pembelajaran.
Tidak sempat menyediakan sarapan dan anak-anak pula tidak mahu makan, ini bukan alasan untuk menyediakannya sarapan. ibu bapa kena bijak menanganinya perlahan-lahan. 
Meal Shakes untuk sarapan pagi yang mudah, Cepat, dan Berkhasiat !!!
Inilah sebabnya, semakin hari semakin ramai ibu bapa mendapatkan Meal Shakes untuk sarapan pagi anak-anak.
Kenapa pilih Meal Shakes dari Shaklee??? 
Meal shakes sesuai utk memastikan anak dpt nutrien yg mencukupi...Tak sempat masakkan menu berkhasiat setiap hari. Boleh jadikan mealshakes sebagai pelengkap nutrien mereka. Org dewasa pun boleh ambil. Ibu menyusu pun boleh ambil.

Cara pengambilan pula Semudah A, B, C..

Meal Shakes perlu di bancuh  dengan air biasa/ jus/milo/ campur dalam susu formula anak, tidak perlu air panas dikhuatiri rosakkan vitamin dia. Boleh consume beberapa sudu pun setiap hari. Kalau minum banyak, cepatlah habis. itu  jer...


INFO: Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.
  • Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan.
  • Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas.
  • Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang.
  • Membantu merendahkan tahap kolesterol.

DAPATKAN MEAL SHAKES SEKARANG!

Untuk tempahan, anda boleh hubungi saya, sekarang!

–> Hubungi saya dengan SMS/WhatsApp ke 019 334 0517! <–
Cepat! Musim persekolahan bakal menjemal.Setiap detik masa yang berlalu amatlah berharga…

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه














Monday, 5 January 2015

Atasi Kanser dengan Vivix

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Asslamualaikum w.b
Suatu fenomena yang tidak sihat telah wujud apabila hari demi hari jumlah pesakit kanser paru-paru kian meningkat di negara ini.  Bukan baru terjadi malah telah ramai yang dijangkiti kanser. Inilah yang perlu kita fikir dan sebarkan informasi tentang kanser agar ianya dapat menyedarkan masyarakat daripada terus lena dibuai mimpi-mimpi indah. 


Bagaimanakah Kanser Paru-Paru Boleh Terjadi?
Berlakunya kanser apabila sel-sel normal melalui perubahan untuk membentuk  suatu tumbuhan atau tumor yang berlainan daripada tisu asal. Tumor adalah merbahaya kerana ia menggunakan oksigen, nutrien, dan ruang sel-sel sihat merebak, seterusnya  ia merosakkan   atau mengurangkan upaya tisu berfungsi secara normal.

Terdapat banyak jenis kanser yang terjadi, disini saya ketengahkan salah satu kanser yang ada iaitu Kanser Paru-Paru.

Penyebab Kanser Paru-Paru?
(4 penyebab yang popular di Malaysia)
1. Menghisap rokok (90%). sama ada aktif atau pasif, adalah penyebab utama kenaser paru-paru.
2. Pencemaran udara melalui asap kereta,asap kilang dan lain-lain.
3. Terdedah kepada asbestos. Gabungan antara asap rokok dan asbestos meningkatkan  risiko setinggi 50 kali ganda.
4. Pekerjaan yang terdedah kepada arsenic, kromium, nikel, serta eter juga penyebab kanser. Dll


Simptom Kanser Paru-Paru?
Anda mungkin tiada simptom atau anda mengalami gejala seperti batuk atau sesak nafas yang mungkin anda kaitkan dengan sistem pernafasan. Walaubagaimanapun, simptom kansr paru-paru termasuk:
1. Bantuk atau batuk yang tidak hilang.
2. Sakit di dada, bahu, dan belakang berpanjangan dan libih sakit apabila menarik nafas panjang.
3. Sesak nafas, Nafas berbunyi, dan Suara serak.
4. Batuk berdarah.
5. Kerapkali mendapat jangkitan paru-paru atau "pneumonia"

Bilakah Masa Untuk Berjumpa Doktor?
Dinasihatkan untuk berjumpa doktor apabila:
1. Batuk berdarah dengan kadar yang sangat banyak.
2. Sesak nafas secara tiba-tiba.
3. Sakit dada yangtidak hilang.
4. Lumpuh secara tiba-tiba.
5. Kabur penglihatan secara tiba-tiba.

Disini ada satu formulasi yang termudah dan ternyata berkesan. Apakah formulasi itu??? formulasi tersebut adalah Vivix...


Rawat dan Cegah Kanser dengan Vivix..
Vivix mengandungi Resveratoral yang  telah terbukti membantu  merawat kanser. Resveratoral akan bertindak sebagai anti oksidan terhebat dan anti inflammatory
Resveratoral akan membetulkan kembali sel-sel yang rosak (seperti sel kanser). Setelah sel-sel rosak telah dibetulkan, mereka (sel-sel yang telah dibetulkan) akan mematikan diri dengan sendiri (apoptosis) dan menyebabkan kanser berkurang dan akhirnya hilang. 

Hasil daripada kajian terbaru yang dibuat oleh University of Missouri pada Oktober 2013; mendapati lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat menggunakan gabungan resveratoral (kandungan utama Vivix!) dan radioterapi berbanding rawatan dengan radioterapi sahaja.
Jangan biarkan diri anda, keluarga, dan masyarakat sekeliling mengidap kanser. Kenapa pilih derita? sedangkan bahagia menanti kita..

DAPATKAN VIVIX SEKARANG!


Untuk tempahan, anda boleh hubungi saya, sekarang!
–> Hubungi saya dengan SMS/WhatsApp ke 019 334 0517! <–
Cepat! Setiap detik masa yang berlalu amatlah berharga untuk pesakit kanser…

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Sunday, 4 January 2015

Bersiwak (Bersugi)


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bersugi, bersiwak, miswaak atau siwak (Bahasa Arab: سواك‎) adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
Dari Syaidatina Aisyah r.ha.: “Sesungguhnya Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ

 “Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya.” 
( Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi ).
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلىَ أُمَّتِي َلأَمَرْتُهُمْ باِلسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوْءٍ

“Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk.”( Riwayat Ahmad )

Adalah sunat bersugi pada bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran, selepas makan dan ketika berubah bau mulut.
Bagi orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadhan) atau puasa sunat adalah makruh selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu Zuhur.
Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi SAW; 
“Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah SWT itu lebih harum daripada kasturi..” (Riwayat Muslim)
Manakala pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.

Fadhilat Bersugi

.
Di antara sebab-sebab solat orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk solatnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa solat dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar.
Para ulama menegaskan bahawa bersugi itu mempunyai tujuh puluh faedah. Antara faedah dan kelebihannya ialah:
  1. Mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
  2. Membersihkan dan mengharumkan bau mulut.
  3. Menggandakan pahala amal ibadat.
  4. Menggembirakan malaikat.
  5. Mensucikan hati.
  6. Menguatkan hafalan.
  7. Meningkatkan kecerdikan.
  8. Dapat mencerahkan mata.
  9. Melambatkan tumbuh uban.
  10. Mencegah gigi berlubang
  11. Menolong menguatkan gusi.
  12. Memutihkan dan menguatkan gigi.
  13. Memperlancarkan saluran pernafasan.
  14. Membantu melancarkan sistem pencernaan.
  15. Membetulkan atau meluruskan tulang belakang.
  16. Melancarkan kefasihan atau kepetahan pertuturan.
  17. Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Rabbi yassir wa'la tu'assir Rabbi tammim bil khoir


Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma Solli Alaa Saidina Muhammad…
 Assalamualaikum.
lama tak update blog ni, sibuk memanjang.
apa segala bagai.

Kebetulan terbaca satu doa tadi
so cuma nak share doa ni, mungkin ada yang dah tau.
mungkin ada yang belum. so sama-sama kongsi.
ilmu untuk semua.

Doa dipermudahkan urusan. :)


"Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair"
Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulit
Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan

Apabila kita inginkan sesuatu hal itu dipermudahkan, janganlah kita lupa berdoa. Kerana doa itu satu senjata bagi kita orang mukmin.

"Sharing Is Caring"