Powered By Blogger

Sunday, 4 January 2015

Bersiwak (Bersugi)


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bersugi, bersiwak, miswaak atau siwak (Bahasa Arab: سواك‎) adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
Dari Syaidatina Aisyah r.ha.: “Sesungguhnya Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ

 “Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya.” 
( Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi ).
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلىَ أُمَّتِي َلأَمَرْتُهُمْ باِلسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوْءٍ

“Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk.”( Riwayat Ahmad )

Adalah sunat bersugi pada bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran, selepas makan dan ketika berubah bau mulut.
Bagi orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadhan) atau puasa sunat adalah makruh selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu Zuhur.
Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi SAW; 
“Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah SWT itu lebih harum daripada kasturi..” (Riwayat Muslim)
Manakala pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.

Fadhilat Bersugi

.
Di antara sebab-sebab solat orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk solatnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa solat dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar.
Para ulama menegaskan bahawa bersugi itu mempunyai tujuh puluh faedah. Antara faedah dan kelebihannya ialah:
  1. Mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
  2. Membersihkan dan mengharumkan bau mulut.
  3. Menggandakan pahala amal ibadat.
  4. Menggembirakan malaikat.
  5. Mensucikan hati.
  6. Menguatkan hafalan.
  7. Meningkatkan kecerdikan.
  8. Dapat mencerahkan mata.
  9. Melambatkan tumbuh uban.
  10. Mencegah gigi berlubang
  11. Menolong menguatkan gusi.
  12. Memutihkan dan menguatkan gigi.
  13. Memperlancarkan saluran pernafasan.
  14. Membantu melancarkan sistem pencernaan.
  15. Membetulkan atau meluruskan tulang belakang.
  16. Melancarkan kefasihan atau kepetahan pertuturan.
  17. Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

No comments:

Post a Comment